dia macam mana ya?mahu aku cerita bagaimana ha?
dia biasa.
semua benda.
semua segi.
segala pekerti.
dia memang seperti manusia.
seperti kau.
seperti aku.
tapi aku tak tahu kenapa
sampai apa yang dikatanya semua aku tunduk mengiya
aku angguk tak berkira.
susah aku pun biarlah.
susah dia aku tak boleh.
mahu aku khabarkan bagaimana ya?
aku dengan dia tak ada apa-apa.
macam aku dengan kau. kita biasa.
tapi mungkin sebab rapat.
mungkin sebab dia sendiri punya sikap dan sifat.
entahlah.
aku perlu klasifikan ikut apa ya?
aku tak tahu dia dan aku itu apa
tapi aku terasa bila dia tak ada.
dan aku rasa macam dia punya yang lainnya
tapi aku tak tahu siapa
dia tak yakinkan aku siapa
aku dan dia biasa.
kami tak ada apa-apa.
kami hanya punya cerita.
cerita yang kami sendiri tak faham apa tajuknya.
cerita yang aku sendiri tak pasti mana hujungnya.
sebelum aku teruskan baca, aku tak tahu kenapa ada rasa
bila aku cari, entah hilang mana.
apa yang aku rasa, mana pergi hilangnya?
apa yang dia rasa, mana pergi ceritanya?
mungkin aku ini tak layak.
menjadi semanis-manis gadis pujaan dia.
secantik-cantik perempuan idamannya.
seanggun-anggun wanita suri hatinya.
aku rasa.
dah lama aku rasa.
komplikasi ini mungkin sudah tahap nirvana.
tapi aku tetap diam, sebab aku tak boleh nak buat apa.
noktah.